Sabtu, 02 Februari 2013

rokok

Info Mengenai Rokok

KENALI ROKOK

Rokok mengandungi pelbagai racun yang berbisa. Perokok dan bukan-perokok yang terdedah kepada asap terpakai atau asap jaluran sisi akan menghadapi risiko mendapat beberapa penyakit.

ALASAN orang merokok :
 

• Merokok memberi saya lebih tenaga

• Saya suka menyentuh dan memegang rokok

• Merokok satu keseronokan
• Merokok memberi ketenangan pada saya ketika saya cemas dan sedih

• Saya ketagih rokok

• Merokok merupakan satu tabiat.


APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ROKOK?



• Nikotin - meningkatkan denyutan nadi, membuat jantung bekerja lebih kuat

• Karbon monoksida - mengurangkan bekalan oksigen ke jantung untuk meneruskan kerja-kerjanya.

• Tar - menyumbat paru-paru yang kebanyakannya merupakan bahan penyebab kanser.

• Fenol - melumpuh dan memusnahkan lapisan saluran udara yang berbulu.

• Bahan-bahan kimia perengsa menyebabkan "batuk perokok".


APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ASAP JALURAN SISI?


• 3-5 kali ganda gas karbon monoksida dan 4 kali ganda lebih banyak kandungan bahan tar dan nikotin berbanding dengan asap bertapis daripada rokok.

• Lebih dari 100 jenis bahan kimia merbahaya yang boleh membawa kerosakan pada paru-paru dan bahan fenol boleh menyebabkan kanser.

• Habuk-habuk halus boleh sampai jauh ke dalam paru-paru perokok pasif.


KESAN DAN RISIKO MEROKOK


MEROKOK BOLEH MENDATANGKAN BEBERAPA PENYAKIT MERBAHAYA. 
ANTARANYA:-


Ø  Kanser: 30% dari semua kes kematian akibat kanser adalah disebabkan merokok. Perokok didapati 25% lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

Ø  Serangan jantung: Perokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mendapat serangan jantung.

Ø  Strok dan nyanyuk: Perokok mempunyai risiko 2½ kali ganda mendapat strok dan 1½ kali ganda menjadi nyanyuk berbanding dengan bukan perokok. Bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan merokok, risiko mendapat strok adalah lebih tinggi.

Ø  Penyakit paru-paru: Kematian akibat bronkitis dan emfisema adalah 10 kali ganda lebih tinggi di kalangan perokok.

Ø  Mengandung: Merokok dikaitkan dengan kemandulan, kehamilan ektopi dan keguguran. Merokok meningkatkan risiko lahir mati dan kematian bayi sebanyak 33%. Ibu yang merokok berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan.

Ø  Osteoporosis: Merokok di kalangan wanita yang telah putus haid menjadikan tulang pinggul mereka lebih mudah patah.

Ø  Keseksualan lelaki dan pembiakan: Merokok boleh memandulkan seseorang lelaki kerana ia mengurangkan bekalan darah yang mengalir ke kemaluannya dan mengurangkan ketumpatan air mani (sperma) dan pergerakannya.

Ø  Gangguan pada gigi, kulit dan rambut: Perokok lebih mudah mendapat masalah gigi, kelihatan lebih tua, berisiko menjadi botak dan rambut beruban lebih awal.

RISIKO PEROKOK PASIF

Ø  Pendedahan kepada asap terpakai (second-hand smoke) hari ini, didapati boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 hingga 91% di kalangan bukan-perokok.

Ø  Ibu yang merokok mudah mendapat bayi yang kurang berat badan. Sesetengahnya dilahirkan mati.

Ø  Kanak-kanak yang terdedah kepada asap pasif lebih mudah mendapat serangan alahan, selesema, batuk dan bronkitis.

“Berhenti Merokok buat selama-lamanya, Jangan berlengah !!!



BAGAIMANA CARA BERHENTI MEROKOK???...

PENGGANTIAN NIKOTIN

Cara yang berkesan untuk berhenti merokok


TAMPALAN NIKOTIN

Ø  Dikenali juga sebagai nikotin transdermal (merentasi kulit).

Ø  Ditampal pada kulit tengkok atau lengan yang tidak mempunyai bulu roma.

Ø  Tampalan ini boleh dipakai selama 24 jam

Ø  Lazimnya jangka masa rawatan ialah 3-4 minggu.

Ø  Bagi perokok yang banyak merokok, program rawatan biasanya diulang sekali lagi dengan menggunakan tampalan yang lebih kecil.

Ø  Ia selalunya menimbulkan sedikit gangguan pada kulit yang lazimnya akan hilang dalam masa 24 jam.

Ø  Jauhkan benda ini dari kanak-kanak.


GAM NIKOTIN

Ø  Terdapat 2 jenis gam nikotin dengan kekuatan yang berbeza- 2 mg dan 4 mg.

Ø  Kunyah perlahan-lahan dan sekejap-sekejap. Untuk penyerapan yang lebih baik, letakkan gam di bawah bibir mulut atau di penjuru mulut selepas dikunyah.

Ø  Setiap keping gam perlu dikunyah selama 30 minit untuk mengeluarkan semua nikotin.


• Selepas meminum minuman yang berkafien, tunggu selama 15 minit sebelum mengunyah gam.

• Perokok hendaklah berhenti secara beransur-ansur dengan mengurangkan pengambilannya setiap hari.

• Masa rawatan biasanya ialah 3 bulan.

Bertanyalah pegawai farmasi anda untuk keterangan lanjut.


PENGURUSAN SENDIRI


Apabila bertekad untuk berhenti:

• Biarkan badan dan minda anda sembuh ketika dalam proses penarikan (dari tabiat merokok). Mandi atau cuba tidur apabila merasa ketagih.

• Bersenamlah apabila datang rasa ketagih untuk merokok, tarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri anda.

• Minum lebih banyak air, makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran serta makanan yang banyak mengandungi serat untuk menyingkirkan nikotin. Ambillah makanan/diet yang sihat yang kaya dengan vitamin B kompleks, vitamin C, E dan asid folik.

• Libatkan keluarga dan rakan-rakan anda dalam program berhenti merokok ini supaya mereka dapat sentiasa mengingatkan dan memberi semangat kepada anda.

• Ubah tabiat harian anda. Lawatilah tempat-tempat awam atau restoran yang dilarang merokok.

Berkata TIDAK kepada asap rokok terpakai (merokok pasif).


BERITA BAIK UNTUK BERHENTI MEROKOK


Tindak balas fisikal selepas menghisap rokok terakhir: Selepas

• 20 minit: tekanan darah dan nadi anda akan kembali normal.

• 8 jam: paras karbon monoksida dan oksigen dalam darah akan kembali normal.

• 24 jam: peluang mendapat serangan berkurangan

• 48 jam: hujungan saraf mula tumbuh semula; keupayaan merasa dan menghidu meningkat.

• 72 jam: saluran bronkus mengendur, terasa lebih selesa ketika bernafas.

• 2 minggu hingga 3 bulan: pengedaran darah dan fungsi paru-paru meningkat.

• 1 hingga 9 bulan: kejadian batuk, kelesuan dan sesak nafas berkurangan; paras tenaga keseluruhannya meningkat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar